Keahlian Kelab terbahagi kepada 3 kategori, yang mana masing-masing mempunyai hak dan had sendiri:-
Ahli Biasa
Terdiri daripada ahli berdaftar yang menghuni di KTDI. Ahli biasa mempunyai hak mengundi dalam mana-mana keadaan di mana pengundian adalah diperlukan di dalam membuat sesuatu keputusan dan mereka juga adalah layak untuk memegang apa-apa juga jawatan di dalam Kelab.
Ahli Bersekutu
Terdiri daripada ahli berdaftar yang merupakan bekas penghuni KTDI, yang menetap di luar KTDI dan masih menjadi pelajar UTM, dan juga pelajar-pelajar UTM yang berminat untuk menjadi ahli Kelab. Mereka juga berhak untuk mengundi dalam sebarang situasi yang memerlukan pengundian dilakukan bagi menyelesaikan suatu masalah tetapi hanya layak untuk memegang jawatan di dalam Kelab pada peringkat Jawatankuasa kecil untuk sesuatu program dan tidak sama sekali layak untuk memegang jawatan pada peringkat Jawatankuasa Kelab.
Ahli Kehormat
Terdiri daripada ahli berdaftar yang merupakan bekas penghuni KTDI dan bekas ahli Kelab, yang telah meninggalkan UTM dan tidak lagi menjadi pelajar UTM. Mereka tidak layak untuk mengundi dalam mana-mana juga keadaan dan mereka sama sekali tidak layak untuk memegang sebarang jawatan di dalam Kelab.
>> Senarai Ahli
Menu | Pengenalan | Keahlian | Aktiviti | Carta Organisasi | Tips | Komen Anda | Hubungi Kami
Semua gambar dan ikon yang terdapat di dalam halaman web ini adalah hak milik © 2001-2002 Kelab Rekreasi KTDI. Penciplakan tanpa kebenaran adalah dilarang.