Kelab Rekreasi KTDI asalnya adalah sebuah persatuan yang dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan Kolej Tun Dr. Ismail untuk membangunkan sebuah tempat rekreasi berhampiran dengan kolej. Pada ketika itu, persatuan ini dikenali sebagai Lata Resak, sempena mengambil nama tempat rekreasi yang bakal dibangunkan itu.

Individu yang bertanggungjawab terhadap persatuan ini adalah saudara Shaiful Izam Shahruddin. Persatuan ini mula bergiat pada sekitar tahun 1997. Sungguhpun begitu, persatuan ini banyak menjalankan program-program yang berbentuk rekreasi seperti treking, berkhemah dan sebagainya.

Pada tahun 1999, terdapat beberapa masalah yang mengakibatkan projek Lata Resak terpaksa dibatalkan. Akibat daripada perkara ini, persatuan Lata Resak terpaksa dibubarkan. Oleh itu, beberapa orang daripada persatuan Lata Resak telah merancang untuk menubuhkan Kelab Rekreasi kolej untuk menggantikan Lata Resak tadi.

Individu-individu yang bertanggungjawab di dalam penubuhan Kelab ini ialah saudara Shaiful Izam sendiri, saudari Victoria Charles Juta, saudara Mohd. Azwan Hamza dan saudara Mohd. Hanafi Ahmad Hijazi dengan bantuan penuh daripada felo kolej, iaitu Encik Mohd. Nizamuddin Abd. Rahim. Hasil daripada usaha mereka, akhirnya Kelab Rekreasi Kolej Tun Dr. Ismail telah berjaya ditubuhkan dengan rasminya pada semester 2 pengajian sesi 1999/2000. Pengarah pertama Kelab ini adalah saudara Shaiful Izam. Sejak dari itu, Kelab ini telah menjalankan banyak aktiviti-aktiviti seperti mendaki gunung, berkayak, abseiling dan sebagainya. Dari segi bilangan ahli pula, bilangan ahli yang berdaftar adalah seramai 79 orang.

>> Matlamat | Skop Aktiviti


Menu | Pengenalan | Keahlian | Aktiviti | Carta Organisasi | Tips | Komen Anda | Hubungi Kami

Semua gambar dan ikon yang terdapat di dalam halaman web ini adalah hak milik © 2001-2002 Kelab Rekreasi KTDI. Penciplakan tanpa kebenaran adalah dilarang.